Saturday, June 28, 2014

Cara Kosongkan Fikiran Yang Berserabut

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan.

Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut. Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting.

Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenal pasti Yang Utama

Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”.

Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting.

Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.

Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku.

Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

Cara-Mudah-Untuk-Kosongkan-Fikiran-Yang-Berserabut

10. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi

Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!  credit : by Cahaya Purnama

Suplemen untuk  STRESS atau TEKANAN ialah Vitamin B Complex...
Baik juga Untuk Ibu Hamil, Menyusu, Berpantang, Suri Rumah, Wanita Bekerjaya, Lelaki serta Warga Emas.

Dapatkan daripada kami di www.nasuhafikri.blogspot.com
nasuhafikri@yahoo.com.my | 013.524.5005



Friday, June 27, 2014

Panduan mengambil vitamin


Terdapat sebuah cerita yang mempunyai kaitan dengan tajuk yang dikehendaki ini.

"Amelia terlihat sebotol vitamin C di atas peti ais rumahnya. Lalu dia terus mengambil dua biji vitamin dan memakannya."

Tahukah anda, tindakan Amelia tersebut membahayakan? Anda tidak boleh mengambil sebarangan ubat tanpa perhatian orang dewasa. Mungkin ubat atau vitamin tersebut tidak sesuai dengan ketahanan badan seseorang. Mungkin juga itu bukan vitamin!

Jadi di sini, nasihat yang dapat dikatakan adalah mengikuti peraturan dan panduan ini supaya apa yang anda makan seperti vitamin, tidak akan memudaratkan kesihatan anda.

a. Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar.

Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.

b. Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terpapar pada botol.

Anda kena tahu vitamin apa yang anda ambil dan makan. Adakah keterangan yang terpapar di botol tersebut tertulis vitamin A atau C? Kalau anda merasa ragu-ragu dengan tulisan pada botol tersebut, cuba minta pertolongan ibu atau ayah anda. Ini kerana mungkin ada perkataan yang anda tidak fahamkan?

c. Jangan mengambil dos secara berlebihan.

"Kalau makan banyak vitamin, adik lagi sihat kan?" tanya Yani kepada emaknya. Sebenarnya tidak semestinya mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak membuatkan anda lagi sihat sebaliknya anda akan mengalami pelbagai penyakit disebabkan kesilapan mengambil dos. Jadi, ambillah vitamin pada kadar yang telah ditetapkan. Lazimnya, tidak melebihi dua biji untuk satu jenis vitamin.

d. Suruh ibu bapa temani semasa mengambil vitamin.

Sebaiknya kehadiran ibu atau bapa di sisi semasa mengambil vitamin adalah lebih elok. Bukan apa, kalau ada di kalangan ada yang mempunyai masalah semasa memakan vitamin, ibu bapa yang berada di sisi boleh menenangkan anda kan? Lagipun, mereka boleh membantu seperti memberikan air ataupun sebagainya.

e. Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat.

Kalau anda hendak tahu, vitamin seelok-eloknya disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Ia juga tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Jadi, mulai sekarang, anda simpanlah vitamin di tempat yang sepatutnya.

Monday, June 23, 2014

Kisah Kehidupan



Melangkah Itu Mudah.

Namun Mencari Arah Itu Yang Terkadang Payah.

Mencari Jalan Itu Mudah,

Namun Memahami Destinasi Itu Yang Susah.

Menyusuri Susur Itu Mudah,

Namun Menuju Noktah Itu Pasti Mendatangkan Lelah.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.

Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

~ Sumber : Lanang Jagat 






Tuesday, June 10, 2014

Part 1 - Set Untuk Kurus Shaklee


set kurus shaklee
Fikirkan untuk Slim dan Sihat :)

Yeehaaa ... apabila anda memetik artikel Set Untuk Kurus Shaklee sudah pasti anda sedang mencari-mencari apakah suplemen atau 'ubat' yang perlu diambil untuk kurus.

Sebelum saya bercerita mengenai Set Untuk Kurus Dengan Shaklee, saya nak kawan-kawan faham sebetulnya dahulu mengenai Set Untuk Kurus Dengan Shaklee.

Set Untuk Kurus dengan Shaklee ini bukan lah sejenis ubat yang boleh buat anda kurus tanpa anda berdiet.

Bukan juga suplemen yang boleh membuat anda kurus tanpa anda mengawal pemakanan anda terlebih dahulu.
Set Untuk Kurus dengan Shaklee adalah Suplemen (makanan tambahan) / meal replacement (pengganti makanan) yang DAPAT MEMBANTU diet anda untuk mengurangkan berat badan Anda! 

Langkah-langkah Persediaan Sebelum memulakan program pengurusan berat badan dengan Suplemen Shaklee

1) Impikan atau tetapkan target berat yang ingin anda capai.

Untuk lebih bermotivasi, tampalkan sekeping gambar anda sekarang dan gambar impian badan yang anda inginkan.  

2) Kuatkan azam untuk kurus

3) Sentiasa fikirkan yang kita nak kurus dan sihat ya.. :)

Sekiranya anda sudah bersedia mengambil Set Untuk Kurus Dengan Shaklee bermakna anda sudah :

1) Mula bersedia untuk makan makanan secara sihat
2) Mula bersedia untuk hadkan jumlah kalori makanan anda.
3) Mula bersedia untuk berhenti mengambil makanan manis dan tinggi garam, berlemak dan berminyak.
4) Mula bersedia untuk cuba hadkan pengambilan minuman manis daripada 3 cawan sehari kepada 1 cawan sehari. - boleh berubah secara perlahan-lahan.


Bagaimana Ingin Berjaya Sekiranya Anda Tidak Mencuba

'Percaya sebelum berjaya'
Kata-kata motivasi :
'Mencuba dan Gagal Lebih Mulia Daripada Gagal Mencuba'
suka saya jadikan pegangan untuk saya terus bersemangat memulakan usaha dalam perniagaan dan kerjaya. 

Monday, June 9, 2014

Koleksi Props Photo Menarik!

Yeaahaaa... di sini saya nak share koleksi props dalam pencarian google untuk props photo .. sangat cantik, kreatif .. awesome.. :D

Dulu selalu cakap.. 'biarlah gambar berbicara'.. sekarang dah jadi realiti.. gambar betul-betul dah boleh berbicara.. :) unik, penuh warna-warni .. jom layannzzz koleksi-koleksi menarik saya..








contoh props untuk bayi lelaki :)

contoh props untuk bayi perempuan :)





contoh menarik credit untuk blogger imej

contoh menarik credit untuk blogger imej
---------------------------

Berikut adalah gambar-gambar Group Shaklee kami yang betul-betul best.. juga menggunakan props yang menarik, terbaik, the best...semasa Mentor atau Master kami mengadakan Seminar Online & Offline Marketing Genius (OMG) baru-baru ini...

Sesuai dengan group yang betul-betul memberikan kami semangat untuk terus rajin berusaha..

Semenjak join group MFMS terlalu banyak pelajaran , motivasi , semangat yang saya terima.

Nak sertai group suplemen Shaklee kami ? Jom hubungi saya untuk maklumat lanjut. Sertailah group kami yang betul-betul AWESOME!



Master group shaklee saya yang terbaik!

Superb! :)

Sharing Is Caring | Klik Like & Share

Sunday, June 8, 2014

Blog Pondok Al-Kauthar

Gambar Sebagai Hiasan
Sekarang ni saya tengah mencari idea nak tolong buatkan blog ayah saya untuk Pusat Pengajian Islam Pondok Al-Kauthar yang masih dalam perancangan penubuhan. Lokasi penubuhan di Kampung Tirok, Jalan Bechah Laut, Gual Ipoh di Tanah Merah, Kelantan.

Disaat-saat saya sedang berfikir-fikir seorang diri.. tiba2 group shaklee MFMS adakan satu group telegram teknik-teknik untuk pembangunan blog .. Alhamdulillah beruntung ada kawan-kawan Shaklee yang berkemahiran dan banyak memberi idea.. saya suka sebab saya kerja bidang IT, secara tak lansung boleh tambah pengetahuan dalam bidang IT.. sambil berniaga sambil tambah ilmu dunia dan ilmu akhirat.. Terima kasih Master Mohd Firdaus dan Mentor Mohd Faizal ! ... dalam Shaklee semakin ramai saya mengenal ahli2 hebat dalam pembangunan Portal.

Hasrat saya, saya akan cuba membantu ayah untuk pembangunan sebuah portal Pusat Pendidikan Islam ini selain drpd wang ringgit. Pondok Al-Kauthar hari ini telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

Antara sumber kewangan bagi memastikan pusat pengajian ini dapat beroperasi dengan lancar adalah melalui sumbangan orang perseorangan, NGo, Kerajaan Negeri/ Persekutuan, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Lain-lain.

Doa saya semoga hasrat ayah dalam merealisasikan hasrat ini betul-betul tercapai dengan jayannya dan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

* Masih diperingkat pencarian template blogger. Selain dari itu, ada pendapat kawan-kawan tak template yang sesuai yang kalian tau? just nak tambah koleksi sesuai pilihan saya!

Kisah kandungan luar rahim

Assalamualaikum..

BismillahirRahmanirRahim

Hari ni nasuha berpeluang untuk cerita dan abadikan di sini kisah sebenar nasuha sendiri yang pernah mengandung luar rahim.

Erk pernah tak dengar kandungan luar rahim tu bagaimana? :) tentu ada yang tertanya-tanya.. macamana ya kandungan luar rahim? hidup ke kandungan anak di luar rahim? kandungan luar rahim tu kandungan yang orang panggil kandungan anggur ke? macamana kandungan anggur pula?

Jawapannya Kandungan luar rahim tidak sama dengan kandungan anggur. Kandungan anggur masih berlaku dalam rahim ya..

Kandungan luar rahim ialah kompilasi hamil mengandung di luar rahim. Kandungan tidak dapat diselamatkan sekiranya ianya berada di luar rahim.
Salah satu komplikasi hamil ialah mengandung di luar rahim. Ini terjadi apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim. Kebanyakkan berlaku di dalam Salur Fallopian itu sendiri (>50%). Itulah sebabnya kandungan luar rahim juga dipanggil kandungan tubal (tubal pregnancy).
Tempat-tempat lain termasuklah ovari, serviks dan dalam ruang abdomen. Apabila janin membesar di tempat yang tidak sepatutnya,ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Ini boleh mengancam nyawa dan memberi kesan kepada tahap kesuburan anda.Sebab itulah sangat penting untuk wanita mengenali gejala dan tanda awal kandungan luar rahim ini kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda.
Saya ceritakan di sini buat tatapan dan perkongsian untuk kawan-kawan yang mencari-cari maklumat dan bagaimana untuk selesaikan masalah sekiranya berlaku kandungan luar rahim. Teringat lagi kisah saya sendiri yang sempat mencari-cari dalam google .. tercari-cari maklumat.. untuk buat keputusan bila dah tau yang saya mengandung luar rahim... sebab masa tu saya sendiri pun tak mengerti dan tak tau apa yang akan terjadi sekiranya memilih keputusan A atau B.

Kisah Sendiri

Kisah saya bermulanya begini. Pada awal bulan 10 tahun 2013 , saya merancang untuk mendapatkan cahayamata keempat.. time tu perasaan untuk mendapatkan cahayamata amatlah tinggi. Lebih-lebih lagi saya dah ada 3 orang anak, seorang perempuan dan dua laki-laki, yang kecil sekali dah berumur 4 tahun. Kalau diberi rezeki, anak sulong saya mengharap sangat dia dapat adik perempuan, tapi untuk saya.. saya terima setiap pemberian dari Allah swt. Masa tu kalau berbual-bual dengan kawan-kawan saya selalu cakap kalau diizinkan Allah swt, saya nak anak ramai .. tetapi :)
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Awal bulan 10 2013

Saya rasa tak sedap badan.. ada juga rasa macam mengandung.. tapi perasaan tu datang seperti bercampur biasa.. sekejap rasa tak sedap badan kejap rasa ok jer.. kemudian saya datang  bulan. Saya fikir oh patutlah nak datang bulan rupanya sebab tu lah rasa badan tak selesa. Mungkin perasaan untuk period pain tu tak sama kan.. pujuk hati sendiri.. so bila dah datang bulan tu.. ada terasa jugalah.. Oh tiada rezeki lagi.. :)

Kemudian kehidupan saya seperti biasa.. period saya kering pada hari seperti biasa..

2 Oktober 2013 (hari rabu)

Pada hari pertama saya sudah kembali boleh solat, tiba-tiba perut saya sebelah kiri terlalu sakit mungkin seperti gastrik atau angin satu badan. Kesakitan tu hingga tiba-tiba saya tak dapat bangun lansung, time tu saya berada di pejabat. So sahabat saya yang perihatin bagi saya ubat gastrik.. maybe saya tiba-tiba ada penyakit gastrik sebab sejak akhir-akhir tu kerja di pejabat terlalu sibuk hingga saya lewat makan pagi.

Masa sakit tu, saya rasa seperti ada kandungan yang gugur di dalam..perasaan tu datang apabila perut saya terlalu sakit.. sakit luar biasa. Tapi saya masih faham yang saya mungkin gastrik dan saya tak tau sebenarnya gastrik tu macamana.. :) sebab sakit ni adalah sakit luar biasa. Time tu memang tak pernah tau pun mengenai kandungan luar rahim.

Hampir sejam saya sakit..setelah makan ubat angin atau gastrik .. sakit semakin hilang dan saya kembali boleh bertugas di tempat kerja tetapi keadaan diri saya agak pucat dan tidak stabil.

Tetapi sakit saya hilang setelah turun sedikit darah, pada mulanya saya hairan dan cuba berfikir yang kemungkinan saya masih dalam tempoh haid  kerana masih tidak melebihi 15 hari.

3 Oktober 2013 (hari khamis)

Saya mengambil Cuti Rehat ke Klinik Swasta untuk mengetahui punca penyakit saya. Doktor cakap kemungkinan saya gastrik. Sekali lagi saya diberi ubat gastrik.. saya makan dan pada hari ni saya rasa makin kurang sakitnya.

4 Oktober 2013 (Hari Jumaat)

Saya ke pejabat seperti sediakala sehingga hari jumaat kerana sakit saya semakin hilang tapi diri saya dan perasaan saya masih tidak sihat, diri saya seakan sedikit pucat tidak seperti sediakala.

5 Oktober 2013(hari sabtu)

Bermula hari cuti minggu ku.. jam 5.30 pagi tiba-tiba perut saya terlalu sakit  .. seolah-olah kontraksi orang nak bersalin tu tapi herannya perut sebelah kiri yang sakit.. saya tak boleh berjalan.. terus husband berikan saya ubat gastrik serta makan dan minum. Kesakitan tu tak dapat saya bayangkan sebab terlalu sakit. Perasaan cemas, takut dan tertanya-tanya apa penyakit saya yang sebenarnya. Semasa sakit saya ke bilik air sebab rasa cam nak membuang.. dalam bilik air saya hampir tak dapat bangun. Saya mohon pada Allah swt supaya panjangkan umur saya. Beberapa jam kemudian sakit kembali reda tapi saya masih tidak bermaya dan masih tidak ke hospital kerana saya fikir saya hanya gastrik.

6 Oktober 2013 (hari ahad)

Sakit kembali reda. Tetapi saya masih tidak dapat bangun membuat kerja-kerja rumah. Keesokannya.


7 Oktober 2013 (hari isnin) jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi

Saya boleh kembali berjalan, bergerak dan memandu kenderaan untuk ke pejabat. Tapi sebelum ke pejabat pagi tu saya buat keputusan untuk ke Klinik Kesihatan bagi mengetahui masalah sebenar.

Tiba di Klinik Kesihatan, bila jumpa doktor dan saya ceritakan kesakitan saya, terus dr cakap.. 'mungkin awak mengandung kot nasuha, tapi kena test urine dulu'

Time tu saya bagitau doktor, tak mungkin doktor sebab saya baru saja datang bulan. Dr. bagitau saya, kemungkinan awak boleh mengandung dan ada juga ibu-ibu yang mengandung walaupun dalam haid.

Walaubagaimanapun saya disuruh untuk menjalani urine test.

Setelah menjalani ujian urine saya telah disahkan mengandung oleh seorang doktor. Terus saya di bawa ke bilik scan untuk mengetahui masalah kesakitan saya. Saat perasaan gembira pun ada bercampur risau. Setelah menjalani imbasan pada perut didapati tiada kandungan dalam rahim saya dan doktor nampak ada sesuatu pada perut di sebelah kiri iaitu pada tiub fallapio sebelah kiri.

Saya disahkan di Klinik Kerajaan kemungkinan saya mengandung luar rahim pada hari yang sama saya dikehendaki untuk rujuk di Hospital bagi mengesahkan kandungan.

Ke Hospital pada 7 Oktober jam 10 pagi.

Saya terus menuju ke Hospital Tuanku Fauziah dengan segera dengan memandu kenderaan sendiri. :) Time tu husband saya kerja. Oleh kerana saya tak sakit, saya cuba pergi sendiri.

Di Hospital, Doktor pakar juga beranggapan saya mengandung luar rahim dengan mesin imbasan dan perlu admit ke Wad untuk tindakan pengesahan selanjutnya dengan ujian darah. Keputusan kandungan akan disahkan melalui ujian darah.

Fuh.. takutnya time tu.. saya ditolak ke wad menggunakan wheelchair oleh seorang jururawat hospital. Terus saya menghubungi suami saya untuk segera hadir ke Hospital membawa semua kelengkapan pakaian saya di wad nanti.

Setibanya di wad, saya menjalani ujian darah kali pertama pada petang 7 Oktober 2013.

Mengikut nasihat doktor, saya perlu menjalani dua kali ujian darah selama selang dua hari. Untuk mendapatkan nilai bacaan kandungan, sekiranya nilai bacaan bertambah daripada ujian darah yang pertama ternyata saya telah mengandung. (tu baru result mengandung)

Pertambahan jumlah Nilai darah yang diambil menurut doktor, adalah berbeza antara kandungan biasa dan kandungan luar rahim. Melalui ujian darah doktor boleh mengesahkan yang saya mengandung luar rahim.Ujian darah perlu diambil selang dua hari daripada ujian darah yang pertama.

Saya masih berkampung di Wad Hospital :) menunggu ujian darah kali kedua, saya diberi peluang kerana saya kurang merasa sakit seperti hari yang lepas, walaubagaimanapun doktor nasihatkan saya agar saya berehat di wad kerana bimbang sekiranya saya betul-betul mengandung luar rahim dan bimbang sekiranya kandungan itu terpecah dalam perut.

9 Oktober 2013 saya menjalani ujian darah kali ke-dua

Setelah menjalani ujian darah kali ke-2 pada jam 10 pagi. Saya telah disahkan mengandung luar rahim pada jam 12.00 malam.

Pada malam tu, kesakitan saya semakin reda. Keputusan pun telah diterima. Perasaan takut bercampur apabila pakar memanggil saya, dan berbincang. Saya diberi 2 pilihan oleh seorang Pakar Perempuan kelahiran Kelantan berwatak amatlah lembut.

Saya diberi 2(dua) pilihan untuk membuang kandungan luar rahim iaitu:

A) Secara Pembedahan Laparoskopi atau;
B) Suntikan MTX

Apabila saya bertanya Pakar Perempuan pada malam itu, Doktor pakar sarankan saya menerima Pembedahan Laparoskopi kerana bimbang katanya sekiranya suntikan MTX tidak berjaya dan kandungan terpecah didalam perut.

Saya pada malam itu bersetuju untuk memilih kaedah Pembedahan Laparoskopi.

10 Oktober 2014

Setelah bersetuju membuat pembedahan Laparoskopi, saya bersedia seawal subuh, husband pun disuruh datang seawal jam 7.15 pagi untuk menandatangi surat persetujuan melakukan Laparoskopi.

Kami menunggu dan terus menunggu hingga jam 9.00 pagi sehinggalah seorang Ketua Pakar (Lelaki pula) datang dan memberi maklumat yang jumlah bacaan kandungan luar rahim saya adalah kecil yang saya diberi pilihan lagi samada :

A) Secara Pembedahan Laparoskopi
B) Suntikan MTX

Panjang Pakar memberitahu satu demi satu , memandangkan usiaku masih muda katanya.. Pakar Lelaki pula mencadangkan saya mencuba Suntikan MTX. Hanya suntikan, tidak perlu melakukan pembedahan. Melalui suntikan ini, Sel kandungan akan mengecil, dan lama-lama kandungan akan hilang sendiri. Maknanya tiub sebelah kiri ku akan selamat. Setelahku berfikir dan memohon petunjuk akhirnya saya memilih kaedah suntikan MTX.

Mendengar nasihat itu, saya akhirnya bersetuju melakukan suntikan MTX pula... 

Pada Jam 1.30 petang. Saya telah disuntik dengan suntikan MTX. Keesokannya saya dibenarkan pulang. Dan rawatan susulan ialah saya perlu hadir mengikut hari yang ditetapkan untuk proses ambil darah dan melihat bacaan kandungan samada mengecil atau tidak.Tahukan anda apakah suntikan MTX? Sekiranya mengecil hingga bacaan Zero.. Alhamdulillah suntikan itu akan dikira berjaya.

11 Oktober 2013
Saya dibenarkan pulang dari wad .. dan akan hadir mengikut tarikh yang ditetapkan untuk ujian darah pada 14 Oktober 2013.

12-13 Oktober 2013
Saya masih berehat dirumah. Saya tidak boleh melakukan kerja-kerja rumah. Sakitnya .. saya kurang sihat.. tak bermaya rasanya. Nak angkat kaki pun tak mampu.

14 Oktober 2013
Saya ke Wad kembali untuk ujian darah. Setibanya di wad.. saya rasa sakit sangat macam kontraksi. Pakar cek .. memang masa tu, perut belah kiri saya seolah-olah bengkak. Tapi pakar suruh saya banyakkan berehat dan berharap suntikan ini berjaya tanpa pembedahan. Saya dibenarkan pulang kembali ke rumah.

Petang jam 6, 14 Oktober, pihak hospital menelefon saya dan memaklumkan keputusan darah yang menggembirakan dimana bacaan jumlah kandungan saya semakin menurun. Saat tu, dirasakan kesakitan semakin kurang.Malam tidur penuh kebimbangan juga.

15 oktober 2013

Harini merupakan Hari Raya Pertama Aidiladha. Bangun pagi saya rasakan perut saya kurang sakit, saya sangkakan saya semakin sihat. :)

Husband ke masjid menunaikan Solat Aidiladha. Saya di rumah bersama anak-anak.

Hrmm sedih pula pagi raya takder makanan, First time kami beraya di Negeri Perlis, sebelum ni setiap kali raya kami akan pulang beraya di Kelantan bersama Ibu, ayah dan adik beradik....

Saya memilih untuk goreng bihun, masak perlahan-lahan.

Setibanya husband dari masjid. Kami sama-sama makan bihun goreng sebagai juadah kami sekeluarga di pagi raya tahun ini. Alhamdulillah Syukur...

Selepas makan bihun, tiba-tiba perut saya semakin sakit.

Sakit daripada pagi.. hinggalah waktu zohor.. teramat sakit.. hanya Allah yang tau.. perasaan takut .. macam-macam hadir..ketika tu, suami saya, Fikri kata.. nampak gayanya.. "Sayang kena pergi Hospital balik dah ni.. kalau tak tahan"...

Sehinggalah saya hendak solat Zohor, semasa hendak solat, saya tak dapat berdiri, saya baring kembali, tiba-tiba anak bongsu saya datang dan jatuhkan badannya di sisi saya. Allahuakbar.. sakitnya saat tu.. darah tiba-tiba turun ..

Bergegas saya bangun melihat darah yang turun. Fikri serta merta bersiap cepat-cepat untuk ke Hospital membawa bersama-sama ketiga-tiga anak-anak saya.

Kembali ke Hospital

Sampainya di Hospital, saya terus dihantar ke Kecemasan. Dari saat itu, saya semakin lemah, wajah semakin pucat.. Doktor yang merawat saya sesegera menyiapkan dokumen untuk dihantar ke Wad Pembedahan. Katanya saya dah kehilangan banyak darah dan kandungan luar rahim telah pecah juga akhirnya dalam perut sebelah kiri.

Saya akhirnya dibedah pada jam 3 petang dengan bius secara penuh ..

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi, kerana saya telah selamat menjalani pembedahan. Saya akhirnya dibedah juga. Ini bermakna suntikan MTX yang telah saya ambil tidak berjaya merawat masalah ini.

Rumusan dan Kesimpulannya.. 

Kepada kawan-kawan atau saudari yang mempunya nasib yang sama, segeralah melakukan pembedahan Laparosokopi. Pembedahan Laparoskopi bagi kandungan luar rahim adalah lebih selamat.

Seperti saya, suntikan MTX tidak berjaya, saya bukan lagi ditebuk (Laparoskopi), tetapi dibedah lebih besar seperti ibu bersalin secara pembedahan.

Kita Merancang..Allah Juga Merancang..

Sebaik-baik perancangan ialah di atas kekuasaan Allah SWT jua. Maka apalah daya yang dapat diperkatakan jika apa yang kita rancang pada awalnya tidak dapat diterjemahkan menjadi sebuah kenyataan. Redha di atas ketentuan Ilahi yang lebih arif dalam mentadbir seluruh alam kepunyaan-Nya









Sport Day Smart Reader Kids

Puteri kedua Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis iaitu YAM Sharifah Farah Adriana yang turut hadir menyampaikan hadiah dan saguhati.
Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah hari ni saya dan suami berpeluang untuk sama-sama hadir memberi semangat pada anak-anak di Smart Reader Kids Kangar, Perlis pada hari 'Sport Day' anak saya Fahmi Wafi yang telah berusia 6 tahun.

Sebenarnya anak kedua saya berpeluang belajar di Smart Reader Kids Kangar semenjak usianya 5 tahun sehingga usianya 6 tahun. Alhamdulillah anak perempuan sulong saya juga yang telah berusia 8 tahun juga pernah dihantar ke Tadika Smart Reader Kids semenjak usianya 5 hingga 6 tahun.

Gambar Kenangan Fahmi Wafi 6 Tahun

Saturday, June 7, 2014

Kebaikan Utama Vitamin E


Kebaikan Vitamin E sesuai untuk diambil oleh lelaki, perempuan, ibu menyusu, dan ibu berpantang.

Bulan ni promosi harga Vita E Complex.. jom cuba rasa kehebatannya.. nak kulit gebus, halus mulus di hari raya ini.. jgn lepas peluang ya..

Apa kata kita cuba mengambil suplemen dan cantikkan kulit dari dalam, disamping itu Vita E dapat menyelesaikan masalah kelesuan dan merendahkan kadar kolestrol. Ermm kulit cantik kolestrol pun turun.. Alhamdulillah..

Saya nak share Khasiat Vitamin E Complex Shaklee

  • Mencantikan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Kulit semakin halus, gebu dan licin
  • Mengurangkan jeragat, parut & jerawat
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
  • Meningkatkan kesuburan
  • Menyelesaikan masalah kelesuan
  • Meningkatkan keinginan seksual suami isteri (Vitamin Cinta)
  • Meningkatkan orgasma yang lebih kerap dan semangat
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.
  • Membantu kawasan gelap areola itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
  • Parut strecth mark menjadi semakin pudar.


Hubungi saya untuk konsultasi percuma..

Terima kasih..

#Buy 6 Vita E Free 1 Vita E, Free Yuran Keahlian

Bagaimana sedekah tanpa keluar rumah?



Jom bersedekah. Kadang-kadang bila sebut sedekah semua terfikir pasal material, tahukah kita sedekah boleh dilakukan tanpa keluar dari rumah pun. Macamana caranya?

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Ya, dengan Solat Dhuha, mungkin menjadi permulaan yang bagus untuk kita bersedekah di pagi hari, cuma meluangkan masa beberapa minit sahaja. In Sha Allah sama-sama kita amalkan.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani)