Sunday, June 8, 2014

Blog Pondok Al-Kauthar

Gambar Sebagai Hiasan
Sekarang ni saya tengah mencari idea nak tolong buatkan blog ayah saya untuk Pusat Pengajian Islam Pondok Al-Kauthar yang masih dalam perancangan penubuhan. Lokasi penubuhan di Kampung Tirok, Jalan Bechah Laut, Gual Ipoh di Tanah Merah, Kelantan.

Disaat-saat saya sedang berfikir-fikir seorang diri.. tiba2 group shaklee MFMS adakan satu group telegram teknik-teknik untuk pembangunan blog .. Alhamdulillah beruntung ada kawan-kawan Shaklee yang berkemahiran dan banyak memberi idea.. saya suka sebab saya kerja bidang IT, secara tak lansung boleh tambah pengetahuan dalam bidang IT.. sambil berniaga sambil tambah ilmu dunia dan ilmu akhirat.. Terima kasih Master Mohd Firdaus dan Mentor Mohd Faizal ! ... dalam Shaklee semakin ramai saya mengenal ahli2 hebat dalam pembangunan Portal.

Hasrat saya, saya akan cuba membantu ayah untuk pembangunan sebuah portal Pusat Pendidikan Islam ini selain drpd wang ringgit. Pondok Al-Kauthar hari ini telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

Antara sumber kewangan bagi memastikan pusat pengajian ini dapat beroperasi dengan lancar adalah melalui sumbangan orang perseorangan, NGo, Kerajaan Negeri/ Persekutuan, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Lain-lain.

Doa saya semoga hasrat ayah dalam merealisasikan hasrat ini betul-betul tercapai dengan jayannya dan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

* Masih diperingkat pencarian template blogger. Selain dari itu, ada pendapat kawan-kawan tak template yang sesuai yang kalian tau? just nak tambah koleksi sesuai pilihan saya!

0 comments:

Post a Comment