Saturday, June 7, 2014

Bagaimana sedekah tanpa keluar rumah?



Jom bersedekah. Kadang-kadang bila sebut sedekah semua terfikir pasal material, tahukah kita sedekah boleh dilakukan tanpa keluar dari rumah pun. Macamana caranya?

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Ya, dengan Solat Dhuha, mungkin menjadi permulaan yang bagus untuk kita bersedekah di pagi hari, cuma meluangkan masa beberapa minit sahaja. In Sha Allah sama-sama kita amalkan.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani)

0 comments:

Post a Comment