Tuesday, July 1, 2014

Mesti Tonton : Kisah Pipo dan Embro




Baru nak lelapkan mata.. memang dah menjadi kebiasaan saya, sebelum tidur,  saya mesti ingat apa saya buat di pejabat hari ni? kadang-kadang saya perlu fikir coding, masalah error sistem atau komputer atau fikir bagaimana nak jadikan sesuatu yang baru dalam Portal Jabatan saya, Ya.... saat nak tidurlah saya akan fikir dengan baik.. idea datang kadang-kadang terbawa hingga dalam mimpi..

Kemudian saat tu juga saya fikir tentang perniagaan Shaklee saya. Saat nak tidurlah saya sempat coaching dengan customer-customer dan Ahli-ahli group MFMS Shaklee kami melalui Watsapp, Telegram.. hrmm hebat zaman sekarang.. berniaga sambil golek-golek je.. mudah bukan? Sedang otak menerawang.. tiba-tiba suami masuk untuk tidur.. dia bagitau saya, ada satu cerita dia nak ceritakan..

Saya diam menunggu ceritanya... setelah mendengar.. dalam hati saya berkata.. Oh! Motivasi rupanya.. macam boleh baca je.. fikiran saya masa tu.. setelah mendengar dan saya terdiam.. saya terasa  semakin bersemangat untuk melakukan apa-apa pekerjaan dengan bersungguh-sungguh dan lebih baik hingga betul-betul berjaya.

Hrmm .. kuat jugak penangan motivasi suami.. bertuahnya... tenang je hati bila ada suami yang betul-betul supportive. Kata-kata suami, datangkan idea untuk saya sama-sama berkongsi dalam entry blog saya hari ni... Alhamdulillah.. Terima kasih abang !! - feeling excited

Sebenarnya suami saya ceritakan pada saya Kisah Nabi Nuh a.s. berserta motivasi dan kefahamannya. Memang selama ni saya tau, tapi tak pernah fikir sendiri apa pengajaran disebalik kisah Nabi Nuh a.s.

Kisahnya.....

Nabi Nuh a.s mendapat wahyu untuk membina sebuah kapal yang besar diatas sebuah bukit yang tinggi. Segeralah Nabi mengumpul para pengikutnya untuk menyiapkan bahtera tersebut dengan menggunakan perkakas seperti kayu, paku dan sebagainya

Sementara kapalnya dibina, orang sekeliling Baginda mengejek Nabi dan pengikutnya malahan ada yang menggelar mereka sebagai gila kerana membina bahtera di atas bukit.Iyalah kan, bina kapal yang besar dah tu diatas sebuah bukit? Mungkin mengusung alat-alat keperluan dari bawah ke atas bukit lah kan?

Walaubagaimanapun, Baginda tetap fokus meneruskan kerja dan tanggungjawab sehingga kapal itu siap. Tiba saatnya, sampai janji Allah s.w.t. Hujan turun dengan lebatnya sehingga berlaku banjir besar dan menenggelamkan semua yang mengejek.

Saat itu, kesemua mereka yang tidak bertakwa sedang hanyut dibawa air, bertarung dengan maut. Dan sekilas itu Nabi Nuh terlihat akan putera sulungnya dan keluarganya lalu kerana rasa kasih dan cinta terhadap keluarganya Nabi telah memanggil mereka untuk menaiki bahtera tetapi malangnya akibat kesombongan dan hasutan Syaitan, langsung mereka tidak endahkan ajakan Nabi Nuh.

Apa yang suami saya cuba sampaikan kepada saya ialah apabila kita melakukan apa-apa kebaikan dan pekerjaan, cuba fokus dan cuba hiraukan kata-kata orang yang melemahkan. Jangan buat sesuatu kerana manusia, buatlah semata-mata kerana Allah.

Berbalik kepada kisah motivasi itu tadi, saya cuba mencari-cari maklumat untuk saya baca, belajar dan mengambil pelajaran dari kisah ini. Disamping saya ingin abadikan kisah ini di entry saya.

Saya telah menemui satu kisah melalui Youtube,

Walaupun kisah youtube ini tidak sehebat Nabi Nuh, tetapi ia memberi motivasi yang hampir sama untuk diambil pengajaran.  Mungkin juga pencerita mengambil konsep yang sama dengan cerita Nabi Nuh a.s.

Pencerita ini daripada Indonesia, namun sangat mudah untuk kita faham. Bagaimana perbandingan antara dua insan yang boleh dilihat ada dalam kehidupan seharian kita.

Seorang yang sekadar mengikut kehendak dan mendengar kata-kata orang kampung dan seorang sahabat lagi melakukan lebih dari itu.  Sehingga diejek dan ditertawakan oleh orang kampung.

Akhirnya... anda boleh tonton sendiri.. jom!

Semoga kisah ini memberi seribu makna dan motivasi untuk sama-sama berusaha daripada hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.

Jom hayati dan fahami.


0 comments:

Post a Comment