Saturday, July 12, 2014

Salam Silaturrahim : Resepi Sos Spaghetti

Gambar Hiasan

Harini saya memilih juadah Spaghetti sebagai juadah buka puasa saya sekeluarga. Alhamdulillah suami dan anak-anak makan selera sangat. Maklumlah hari-hari berbuka dengan nasi. Harini ubah selera sikit.

Resepi ni dah lama pun tersimpan dan dah cuba buat banyak kali dan hasilnya memang SUPERB.

Saya kongsi Resepi Sos Spagheti yang TERsangat saya suka di teratak saya hari ni..

Resepi ni diberi dari seorang sahabat saya sendiri. Terima kasih kepada En.Zaimi dan isteri kerana sudi berkongsi resepi. Saya nak abadikan di sini.. :)

Semoga bermanfaat buat pembaca blog. Terima kasih.

Bahan-bahan
  • 1 paket spaghetti
  • Parutan keju parmesan - untuk menghidang
Bahan-bahan Sos
  • 4 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 3 biji buah tomato (dipotong dadu)
  • daging cincang
  • 1 tin tomato puri
  • 1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum (dipotong dadu)
  • 1 cawan air (atau ikut kepekatan kuah - saya letak lebih)
  • susu cair/ pekat (optional) - bagi rasa sedikit berlemak.
  • Oregano/ Italian Herbs
  • lada hitam kasar
  • garam dan serbuk perasa
Cara-cara:
  • Rebus Spagheti (+sedikit minyak) Angkat bila spagheti sudah lembut dan kemudian toskan dengan air sejuk (tapi saya tak suka tos dengan air.. saya cuma toskan sahaja).
  • Kemudian tumis Bawang Besar dan Putih hingga naik bau.
  • Masukkan daging cincang
  • Masukkan susu dan masak hingga mendidih bersama daging cincang.
  • Masukkan tomato, capsicum dan cendawan butang.
  • Masukkan tomato puri, air dan kacau hingga sekata.
  • Masukkan oregano/ italian herbs dan garam/serbuk perasa. Boleh tambah lada hitam kasar untuk rasa pedas.
  • Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  • Keju parmesan letak di atas spaghetti semasa menghidang. 

Sila komen setelah anda telah mencuba resepi ini.

Selamat Mencuba

0 comments:

Post a Comment