Friday, September 19, 2014

Khasiat makan bersama

Assalam ...

Bercakap bab khasiat makan bersama ni.. rindu sangat pada arwah baba.. rindu pada mama..
sebab merekalah yang betul-betul mengajar kami pentingnya makan bersama.....

Teringat masa arwah baba ketika baba (arwah ayah saya) masih ada dulu. Memang kami sekeluarga dididik dari kecil makan bersama satu keluarga. Mama didik kami selagi baba tak sampai dan duduk di meja selagi itulah kami tak dibenarkan menyentuh lauk di atas meja.. :) indahkan? bila baba duduk je.. barulah kami mula makan bersama.. Alhamdulillah.. Mama didik kami bagaimana cara menghormati seorang ayah dari meja makan.. terasa sangat-sangat selepas pemergian baba.. aku rindu segala-galanya.. terima kasih baba dan mama! di meja makan pun boleh cipta banyak kenangan paling indah dalam hidup .. :)

Jom kita amalkan makan bersama yang khasiatnya seperti di bawah: 

Khasiat Makan Bersama

1.Boleh merapatkan hubungan kekeluargaan, malah ada kajian menunjukkan amalan ini mempunyai banyak manfaat, terutama daripada segi kesihatan. Dalam kajian terbaru, anak berumur lima hingga 12 tahun menghidap asma mendapati, interaksi antara ibu bapa dan anak ketika makan boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka.

2.Selain itu, banyak kajian lain menunjukkan makan bersama boleh merangsang komunikasi dan hubungan antara ahli keluarga. Walaupun kebanyakan orang menganggap bercakap ketika makan kurang sopan, ini antara masa anak berasa selamat, selesa, mesra dan sangat rapat dengan ibu bapa.
 
3. Makan bersama juga ibu bapa boleh menunjukkan teladan baik kepada anak, khususnya mengenai tabiat pemakanan, adab di meja makan dan kemahiran berkomunikasi. Pastikan waktu makan adalah waktu tenang dan penuh ceria. Elak mengkritik anak dengan cara negatif kerana anak akan meniru perlakuan ditunjukkan ibu bapa.

4.Kebanyakan kanak-kanak memang cerewet dalam soal makan, terutama membabitkan pengambilan sayur-sayuran. Apabila makan bersama, anda boleh menerangkan kebaikan sayur-sayuran dan sedikit sebanyak mereka akan terdorong untuk mencuba jika ibu bapa mengamalkan pemakanan seimbang.
 
 5.Makanan disediakan di rumah biasanya lebih sihat dan berkhasiat kerana anda boleh mengawal penggunaan lemak, garam dan gula.
Pada masa sama, jika anak anda ada gejala alahan, makan bersama adalah cara terbaik untuk mengetahui jenis makanan yang dia alah supaya ia boleh dielakkan pada masa depan.

6.Ketika ini juga ibu bapa boleh mengawal pemakanan anak, terutama bagi yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Individu yang makan sendirian di depan televisyen akan terdorong untuk makan melebihi keperluan harian yang boleh menyebabkan mereka menjadi gemuk.

7.Kajian juga menunjukkan makan bersama dapat mengelak anak, khususnya remaja, daripada terjebak dengan perlakuan merosakkan seperti merokok, minum minuman keras atau menagih dadah.
Kekerapan makan bersama membolehkan ibu bapa mengesan sebarang perlakuan atau tanda ganjil yang ditunjukkan anak.

8.Remaja yang makan bersama ibu bapa sekurang-kurangnya empat kali seminggu didapati menunjukkan pencapaian akademik lebih baik berbanding yang hanya makan bersama ibu bapa satu atau dua kali seminggu.

9.Malah, penyelidik mendapati remaja yang makan bersama ibu bapa mempunyai kecenderungan untuk mengambil sayur-sayuran, buah-buahan dan kurang minum minuman ringan apabila dewasa.

0 comments:

Post a Comment