Monday, September 29, 2014

Nasihat Elakkan Pembelian Ubat Melalui Internet

As Salam..

Apakabar kawan-kawan? Wah.. pejam celik-pejam celik.. dah tak lama kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha ya.. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan sehingga ke saat ni untuk terus bernafas dengan nikmat kurniaan yang Esa.

Hari ni saya diarahkan untuk meng'update' Portal Jabatan Kesihatan Negeri Perlis berkenaan.. Bahaya ubat tidak berdaftar dengan ungkapan: Awas!! Elakkan pembelian ubat melalui Internet..

Sudah banyak kita membaca kisah-kisah yang menderita akibat pembelian ubat yang tidak menghiraukan nasihat pakar-pakar kesihatan dan farmasi.

Kita sebagai pengguna dinasihatkan supaya jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk kesihatan yang melampau...elakkan pembelian secara online kerana ketulenan hologram sukar untuk dipastikan...Pastikan produk kesihatan anda mempunyai NOMBOR PENDAFTARAN MAL serta HOLOGRAM MEDITAG YANG TULEN...Jadilah pengguna yang bijak!!!


Seperti mana di akhbar berikut yang mana Ratusan mangsa yang menderita akibat kesan ubat haram membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi.

Ubat tidak berdaftar/haram TIDAK dijamin keselamatannya,kualitinya dan keberkesanannya.


 
Adalah dinasihatkan kawan-kawan dan saya sendiri untuk Semak status pendaftaran dan label hologram terlebih dahulu. 

Lagi akhbar-akhbar berkaitan ubat-ubat tiruan... 




Lagi yang terkini daripada FB Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Perlis: Ubat tak berdaftar bernilai RM 12j dirampas di KLIA. 

Kita pengguna yang bijak.. Jom Kenali Ubat kita! dengan memastikan ubat adalah ubat berdaftar :


Iklan Ubat-ubatan
Pengiklanan secara bertanggungjawab melindungi orang awam dengan mempromosi cara penggunaan ubat yang betul dan selamat..

Jika anda ternampak iklan ubat produk yang mengatakan ia merupakan ubat ajaib atau ubat miracle, adakah anda akan percaya?

Sila lihat sama ada iklan itu mempunyai nombor kelulusan KKLIU daripada Lembaga Iklan Ubat, Jika tiada, jangan percayai iklan tersebut! 

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi akan memastikan anda membaca iklan mengenai produk-produk ubat yang:
✓ Tepat
✓ Dipercayai
✓ Diakui

Contoh Iklan Ubat yang DILULUSKAN

Jika anda ternampak iklan ubat yang TIDAK mempunyai nombor kelulusan KKLIU, Sila Hubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi: 03- 7841 3200 untuk melaporkan iklan tersebut.

Jom Pilih Ubat Berdaftar dan Jangan percayai iklan yang tidak diluluskan.
Sekian perkongsian saya hari ini.. semoga bermanfaat untuk anda dan kita semua. 
 “ILMU DI BERI, MANFAAT DITERIMA” 

--------------------
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan tambahan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Nasuha untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE dan
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
Nasuha Fikri
Shaklee ID: 1084372
013-5245005 ( Call, SMS, WhatsAPP)
nasuhafikri@yahoo.com.my

Friday, September 19, 2014

Khasiat makan bersama

Assalam ...

Bercakap bab khasiat makan bersama ni.. rindu sangat pada arwah baba.. rindu pada mama..
sebab merekalah yang betul-betul mengajar kami pentingnya makan bersama.....

Teringat masa arwah baba ketika baba (arwah ayah saya) masih ada dulu. Memang kami sekeluarga dididik dari kecil makan bersama satu keluarga. Mama didik kami selagi baba tak sampai dan duduk di meja selagi itulah kami tak dibenarkan menyentuh lauk di atas meja.. :) indahkan? bila baba duduk je.. barulah kami mula makan bersama.. Alhamdulillah.. Mama didik kami bagaimana cara menghormati seorang ayah dari meja makan.. terasa sangat-sangat selepas pemergian baba.. aku rindu segala-galanya.. terima kasih baba dan mama! di meja makan pun boleh cipta banyak kenangan paling indah dalam hidup .. :)

Jom kita amalkan makan bersama yang khasiatnya seperti di bawah: 

Khasiat Makan Bersama

1.Boleh merapatkan hubungan kekeluargaan, malah ada kajian menunjukkan amalan ini mempunyai banyak manfaat, terutama daripada segi kesihatan. Dalam kajian terbaru, anak berumur lima hingga 12 tahun menghidap asma mendapati, interaksi antara ibu bapa dan anak ketika makan boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka.

2.Selain itu, banyak kajian lain menunjukkan makan bersama boleh merangsang komunikasi dan hubungan antara ahli keluarga. Walaupun kebanyakan orang menganggap bercakap ketika makan kurang sopan, ini antara masa anak berasa selamat, selesa, mesra dan sangat rapat dengan ibu bapa.
 
3. Makan bersama juga ibu bapa boleh menunjukkan teladan baik kepada anak, khususnya mengenai tabiat pemakanan, adab di meja makan dan kemahiran berkomunikasi. Pastikan waktu makan adalah waktu tenang dan penuh ceria. Elak mengkritik anak dengan cara negatif kerana anak akan meniru perlakuan ditunjukkan ibu bapa.

4.Kebanyakan kanak-kanak memang cerewet dalam soal makan, terutama membabitkan pengambilan sayur-sayuran. Apabila makan bersama, anda boleh menerangkan kebaikan sayur-sayuran dan sedikit sebanyak mereka akan terdorong untuk mencuba jika ibu bapa mengamalkan pemakanan seimbang.
 
 5.Makanan disediakan di rumah biasanya lebih sihat dan berkhasiat kerana anda boleh mengawal penggunaan lemak, garam dan gula.
Pada masa sama, jika anak anda ada gejala alahan, makan bersama adalah cara terbaik untuk mengetahui jenis makanan yang dia alah supaya ia boleh dielakkan pada masa depan.

6.Ketika ini juga ibu bapa boleh mengawal pemakanan anak, terutama bagi yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Individu yang makan sendirian di depan televisyen akan terdorong untuk makan melebihi keperluan harian yang boleh menyebabkan mereka menjadi gemuk.

7.Kajian juga menunjukkan makan bersama dapat mengelak anak, khususnya remaja, daripada terjebak dengan perlakuan merosakkan seperti merokok, minum minuman keras atau menagih dadah.
Kekerapan makan bersama membolehkan ibu bapa mengesan sebarang perlakuan atau tanda ganjil yang ditunjukkan anak.

8.Remaja yang makan bersama ibu bapa sekurang-kurangnya empat kali seminggu didapati menunjukkan pencapaian akademik lebih baik berbanding yang hanya makan bersama ibu bapa satu atau dua kali seminggu.

9.Malah, penyelidik mendapati remaja yang makan bersama ibu bapa mempunyai kecenderungan untuk mengambil sayur-sayuran, buah-buahan dan kurang minum minuman ringan apabila dewasa.

Monday, August 11, 2014

Bonus UPSR : Himpunan Soalan Percubaan UPSR Peringkat Negeri Satu Malaysia 2014

Alhamdulillah, dalam menghadapi pelbagai cabaran, dugaan dan ada suka dan duka, sekejap sajakan masa berlalu? Tak terasa pantasnyaaa masa berlalu.

Ramadhan baru sahaja berlalu, kini kita masih berada di bulan mulia iaitu Bulan Syawal. Semoga pada bulan yang mulia ini, dapatlah kita terus lebih merapatkan hubungan Silaturrahim dan menjaga hubungan dengan ibu bapa, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim).
Dalam entry kali ini saya ingin berkongsi Himpunan Soalan-soalan Percubaan UPSR Peringkat Negeri Satu Malaysia buat adik-adik yang bakal menghadapi Ujian Peperiksaan UPSR pada 6 September 2014 ini.

SELAMAT BERJUANG ADIK-ADIK
PASTIKAN 5A BOLEH !!!!


Semoga adik-adik dapat menggunakan soalan-soalan sebagai latihan latih tubi dari rumah.

Latihan perlu banyak ya adik-adik, Insyaallah saya doakan adik-adik UPSR tahun ini berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat.

Berikut adalah link untuk jadual dan panduan peperiksaan UPSR 2014:-

1. Jadual bagi calon biasa
2. Jadual bagi calon bekeperluan khas
 

Perkongsian : Anda juga boleh mendapatkan * satu Ebook Rahsia Pelajar Cemerlang di www.rahsiapelajarcemerlang.com yang mana buku ini telah ditulis sendiri oleh seorang bekas MRSM yang juga pelajar terbaik dari lulusan luar negara!

 

Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda. http://www.ebookniaga.com/sorryboss/nasuhafikri

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/nasuhafikri

Saturday, August 9, 2014

Selamatkah Lecithin Diambil Oleh Ibu Yang Menyusukan Anak



Terima kasih kerana sudi membaca entry Lecithin dalam blog saya kali ini.

Banyak pertanyaan dari ibu-ibu yang menyusukan anak yang nak kurus nak ambil supplement apa...
Ok ibu-ibu.. mari baca sini.. Hari ini entry saya hanya fokus penggunaan Lecithin bagi ibu menyusu.

Lecithin Shaklee selamat diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.. adik saya juga (baju hijau rujuk gambar bawah) menyusu dan makan Lecithin dan dalam masa yang sama Alhamdulillah.. berat badannya semakin mengecil tau!.. sampai saya tegur dia? eh kenapa dah semakin kurus ni?  hebatkan kesan Lecithin Shaklee ni.. Time tu hanya Ibu saya sahaja Ahli Shaklee , saya belum lagi.... :D

keluarga besar saya.. :D selingan sat..
 Untuk ibu-ibu yang menyusukan anak boleh makan Alfalfa dan Lecithin..Gabungan dua vitamin ini iaitu Alfalfa dan Lecithin oleh individu yang mempunyai niat untuk pengurusan berat badan malah ibu menyusu sekalipun adalah sangat sesuai. Namun seperkara yang perlu kita tahu tentang dua vitamin ini, pengambilan vitamin ini memerlukan kita minum banyak air. Banyak air yang dimaksudkan bukanlah di minum sekaligus tetapi secara berperingkat atau sedikit-sedikit yang berkadaran dengan masa.

Bagaimana kita nak tahu kita masih kurang air dengan pengambilan vitamin vitamin ini? Sekiranya anda mengambil salah satu dari vitamin ini iaitu Alfalfa ataupun Lecithin atau kedua duanya sekali, maka anda perlu pastikan antara tanda-tanda kekurangan air ialah:

    - badan kita ditumbuhi ruam
    - tekak mudah rasa haus
    - kulit wajah ditumbuhi jerawat halus
    - kulit menjadi kering dan gatal
    - kulit bibir kering
    - ulser mulut
    - mudah rasa nak demam.
    - sembelit


Maka apa yang dapat saya kongsikan ialah, pengambilan dua vitamin ini tidak digalakkan sama sekali diambil pada kuantiti yang banyak secara sekaligus kecuali anda memang pengamal tegar air kosong. Ini kerana air kosong membantu melancarkan penyerapan vitamin dan perjalanan darah itu sendiri.

Kenapa ramai yang memilih Shaklee Lecithin?

Sebabnya tugas utama Lecithin ialah memecahkan lemak-lemak yang tidak diperlukan badan. Termasuklah lemak-lemak yang tersembunyi..(^-^). Lecithin juga membantu menguatkan daya ingatan kerana Lecithin mengandungi cholin-makanan untuk otak. Sesuai untuk pelajar juga!
Selain itu Lecithin membantu mengelakkan clog duct bagi ibu-ibu menyusu, melawaskan serta melancarkan pembuangan dan cantikkan rambut. Banyak betul kegunaan Lecithin kan..
Set Slimmin Ibu Menyusu

Jom, berkenalan lebih lanjut dengan Lecithin
  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak2 yg lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  2. Kenapa org yang nak kurus suke Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak).Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn. Tanpa Lecithin yg mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
  6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Disamping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory).Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema.
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE.. BILE ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.
Banyak betul fungsi lecithin kan. Lecithin juga lebih cepat berkesan jika diambil bersama Alfalfa atau Cinch Shake atau ESP. Ini adalah set yang disyorkan untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan...


--------------------
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Nasuha untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE dan
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
Nasuha Fikri
Shaklee ID: 1084372
013-5245005 ( Call, SMS, WhatsAPP)
nasuhafikri@yahoo.com.my


Thursday, August 7, 2014

Cara Mudah Buang Angin Dalam Badan Dengan Peppermint Ginger Plus

Rasa tak selesa perut ?
Sakit kepala ?
Nak muntah?
Lemah badan ?
Rasa macam sakit jantung ?
Kerap sendawa ?
Sembelit ?

Dalam entry kali ini saya ingin berkongsi tentang:

- Punca kenapa badan penuh angin dan badan berangin
- Petua atasi masalah berangin secara semulajadi dan cepat

Sebab dan punca badan berangin atau penuh angin

Angin berlebihan dalam badan boleh menimbulkan masalah rasa tak selesa dalam perut atau kembung, badan rasa lemah, loya-loya hingga melarat kepada sakit kepala dan paling teruk sampai ada yang rasa macam sakit jantung.
Ada beberapa sebab dan punca kenapa badan berangin:

1. Sumber makanan

Punca angin dalam badan berlaku disebabkan oleh sumber makanan. Memang selalunya lepas makanlah yang menyebabkan kita rasa macam sebu atau kembung, rasa macam angin tak lepas kan? Sebenarnya sumber-sumber makanan yang tidak dapat tolerate dengan badan akan menghasilkan angin.

Makanan yang menghasilkan angin adalah seperti, kekacang, sayur seperti bendi, terung, kubis, brokoli, bijiran, cereal, roti gandum.

Makanan bergula juga boleh menghasilkan angin. Bakteria suka gula ringkas dan karbohidrat ringkat kerana ianya begitu mudah untuk dihadam.

2. Udara yang disedut

Angin dalam badan bukan hanya disebabkan oleh apa yang dimakan. Ia juga melibatkan udara yang digunakan untuk bernafas. 20% daripada gas itu datang dari udara yang masuk ke dalam mulut. Ianya mungkin disebabkan oleh tabiat makan terlalu cepat, suka minum minuman berkarnonat, suka kunyah gula-gula getah, menghisap rokok. Udara tersebut akan masuk dalam badan dan seterusnya masuk ke dalam usus.

Petua atau cara cara yang kemungkinan besar boleh buang angin dalam badan.
  • Berbekam..boleh hilang kan jugak..tapi sakit sikit kot
  • Ada juga yang berpendapat, Kunyah HALIA
  • pergi mengurut
  • ambil minyak hangat sapu tang pelipat bawah peha, bawah peha dan belakang buku lali
  • buat urutan kaki
  • kalau dapat, hindarkan pengambilan daging merah, lembu, kambing.
  • buat sementara kurangkan makan kekacang kecuali soya
  • kurangkan minum teh susu, nescafe, horlick
  • banyakkan air masak, teh o’ nipis, kopi o’ nipis
Salah satu cara yang paling berkesan adalah dengan minum air, makan perlahan-lahan dan elakkan makan makanan yg boleh mencetus angin dalam badan. 
Biasanya untuk atasi masalah badan berangin dengan lebih cepat, saya akan menelan PEPPERMINT GINGER PLUS.
kimsuyi.blogspot.com telah ditukar kepada nasuhafikri.blogspot.com :)

Bagi saya, sebotol PEPPERMINT GINGER PLUS wajib ada dalam sesebuah rumah.

Kenapa saya suka pilih PEPPERMINT GINGER PLUS untuk atasi masalah angin dalam badan.
  • Nyaman dan Melegakan - itu yang boleh digambarkan tentang Peppermint Ginger Plus ini...
  • Dewasa boleh makan terus atau dicampur dan dihancurkan kedalam air suam atau kedalam teh nipis.
  • Kanak-kanak boleh diberi sebiji sekiranya kembung perut dengan cara ditumbuk atau dihancurkan bersama air suam dan diminum untuk melegakan sakit atau kembung perut kerana angin.
Apa bahan yang ada dalam Peppermint Ginger Plus (PGP) ni???

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.

Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan.

Pil PGP juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.



Doa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T

Doa pada Allah adalah salah satu perkara yang perlu anda lakukan untuk anda buang angin badan. Jangan berhenti berdoa dan berdoalah seperti anda seorang yang benar – benar beriman pada Allah.

Ketika anda berusaha untuk buang angin badan dengan melakukan senaman, selalulah berdoa ‘ ya Allah, buanglah angin badan dari badan aku dan berikanlah aku kesihatan yang baik.

Seterusnya ketika anda rasa lega dari angin badan,berdoalah pada Allah. Ya Allah, terima kasih kerana berikan aku kesihatan yang baik.

Antara perkara yang boleh bantu anda untuk buang angin badan adalah makan dan mandi. Oleh itu, ketika anda makan anda doalah pada Allah supaya berikan anda kesihatan yang baik menerusi makanan yang anda makan. Namun, anda perlulah makan makanan yang sihat.

SELAMAT MENCUBA

--------------------
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Nasuha untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE dan
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
Nasuha Fikri
Shaklee ID: 1084372
013-5245005 ( Call, SMS, WhatsAPP)
nasuhafikri@yahoo.com.my

Wednesday, August 6, 2014

Cerita Cinta Kami Ramadhan Tahun Ini

Cerita Ceria Ramadhan Kami Tahun Ini 2014

Besday Boy Bulan Ramadhan Suami dan Anak Mama, Wafi...
Assalamualaikum,

Hari ni saya nak abadikan kenangan Pertandingan Nasyid Sempena Ramadhan di Universiti Malaysia Perlis tempat fikri bertugas.

Gambar atas tu kami ambil awal pagi sebelum suami bertanding. he he.. mood ceria kan.. fikri tengah berdebar-debar tu.. semangat nak bernasyid hari ni..

Ada 21 kumpulan yang menyertai pertandingan Nasyid di Unimap pagi ini.. semuanya terdiri daripada pelbagai Jabatan di Unimap Negeri Perlis.

Alhamdulillah kumpulan Nasyid suami terpilih mendapat tempat Pertama Pertandingan Nasyid Sempena Ramadhan tahun ini di Unimap. Apa lagi sengih sampai telinga lah husband saya.. hehehe.. 


Saya excited sebab saya suka sangat lagu nasyid yang diubah suai daripada penyanyi asal iaitu Rafeah Buang. Masa suami duk praktis kat rumah lagi.. saya dah jatuh hati dengan lirik nasyid ni..
Tak lupa jgk untuk wish happy birthday untuk suami yang ke 30++ dan anak saya Wafi 6 tahun pada bulan ramadahan tahun ini iaitu 10 Julai 2014 dan 15 Julai 2014.
Sempena hari lahir dua insan kesayangan, saya doakan suami dan anak-anak mama panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan baik-baik dan sentiasa dalam Rahmat Allah S.W.T.. Untuk suami, dia suami yang banyak membimbing.. Semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.. Aamiin...
Jom , saya kongsikan video dan lirik lagu Nasyid Ya Illahi di sini daripada Kumpulan Al-Andalus.. ;)


Lirik Nasyid Ya Illahi Rabbi

Ya Ilahi Rabbi..
Sempurnakanlah pekertiku
sebagaimana Engkau menyempurnakan wajahku
Kurniakanlah rahmat bahagia ibubapaku
Berikan hidayah pada hati yang tertutup  

Sebagai rimbunan daun-daun 
Seandainya bilangan dosaku
Ya Allah ampunilah daku
Hamba bertaubat  

Hai anak yang soleh, beruntunglah ayah dan bonda
Bagai mata air yang mengalir dalam syurga 
Hai anak durhaka, pintu taubat masih terbuka
Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa  

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosamu
Ya Allah ampunilah dia
Yang telah bertaubat 

--------------------
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Nasuha untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE dan
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
Nasuha Fikri
Shaklee ID: 1084372
013-5245005 ( Call, SMS, WhatsAPP)
nasuhafikri@yahoo.com.my

Salam Silaturrahim: Jom fikir yang baik-baik

Awal pagi, elok kita niatkan : “Hari ini… aku akan fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik sahaja.”

Malam sebelum tidur… buat muhasabah : “Adakah hari ini aku berjaya fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik?”

Sejurus sebelum tidur niatkan lagi : “Aku akan fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik.” Mohon Allah jayakan niat murni kita ini.

Saranan kepada diri seperti ini dapat membantu dalam melakukan perubahan atau peningkatan diri. Ia dapat membentuk dan meningkatkan tenaga dalam. Boleh cuba.

Hari ini mungkin kita akan berbual dengan kumpulan rakan-rakan kita. Sejurus sebelum pergi duduk dan berbual dengan mereka, cuba niatkan : “Aku akan fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, baik, buat yang baik-baik sahaja.” Tengok, diri kita boleh tahan tak daripada fikir perkara-perkara yang tak baik, cakap perkara-perkara yang tak baik, dan buat perkara-perkara yang tak baik ketika bersama-sama kumpulan rakan kita itu. Boleh cuba praktikkan.


 sumber: halaqah.net

GLA Complex VS Evening Primrose Oil (EPO)

Assalamualaikum

Entry kali ini kami nak berkongsi tentang salah satu produk Shaklee, iaitu GLA Complex.

Rata-rata wanita di Malaysia mengambil suplemen Evening Primrose Oil (EPO) untuk penjagaan kesihatan/kecantikan luar dan dalam. Betul kan?

Jom baca, perkongsian saya kali ini mengenai GLA Complex yang sering dikaitkan fungsinya bersamaan dengan Suplemen Evening Primrose Oil (EPO) dan apakah fungsi GLA Complex.


Evening Primrose Oil (EPO) VS. GLA Complex Shaklee

1. Evening Primrose Oil (EPO)

Sebenarnya EPO kaya dengan GLA(Gamma Linoleik Acid).

Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin,yang merupakan bahan hormon dalam badan.

Jadi sebab itulah GLA ini penting untuk menstabilkan kembali hormon dalam badan terutama bagi wanita yang ada masalah hormon tidak stabil ataupun disebabkan menopaus.

2. GLA Complex atau Minyak Borage.

Tapi ramai yang TAK TAHU,dalam minyak BORAGE juga terdapatnya GLA, malah 2 kali ganda lebih tinggi daripada EPO.

Dari segi bioavaiabiliti(kadar penyerapan)BORAGE juga adalah 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO.

Maka dengan sebab tu la,Shaklee menggunakan bunga BORAGE sebagai bahan utama.

Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana ia adalah sumber terbaik Omega-6.

Shaklee mengekstrak GLA dari BORAGE yang ditanam secara organik di kawasan Sakatchewan.

Soalan lazim:Kenapa produk Shaklee disebut GLA COMPLEX,kenapa tak disebut minyak BORAGE jer?

GLA Shaklee Complex merupakan kombinasi minyak borage dan juga bahan-bahan berikut :

  •     Asid Gamma Linolenik(GLA)
  •     Asid Linolenik(LA)
  •     Minyak Bunga Matahari
  •     Vitamin E

Sebab tu ianya tidak di sebut minyak BORAGE sahaja tetapi di sebut sebagai GLA Complex.

Kombinasi ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Bioavailiti(kadar penyerapan)juga telah dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap kedalam sel dan tisu dengan lebih baik.

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh Shakleeguard,antioksidan semulajadi yang dipatenkan.

Jadi sekarang anda dah ada jawapan kan samaada nak beli EPO atau GLA Complex Shaklee.

Anda nilaikanlah sendiri.Jadilah pengguna yang bijak.Jangan pening-pening lagi..ok?

Soalan lazim: GLA Shaklee ni sesuai untuk wanita aje ke??

Sebenarnya GLA Shaklee ni bukan je untuk wanita malah sesuai juga untuk lelaki dan kanak-kanak.

GLA asid Linoleik sama pentingnya dengan asid amino yang mana ianya tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia,tetapi hanya diperolehi dari makanan.

Ianya sangat penting untuk kanak-kanak(potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan),remaja ,dewasa dan juga lepas menopaus dan andropaus(menopaus lelaki).

Apa pula manfaat  GLA Shaklee ni?


Kebaikan Shaklee GLA Complex;

  •     Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  •     Membantu meningkatkan kesuburan
  •     Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  •     Membantu dalam menangani menopus
  •     Menguatkan kuku dan rambut
  •     Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  •     Membantu menangai ekzema
  •     Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  •     Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  •     Menguatkan imuniti tubuh
  •     Memperlahankan proses penuaan
  •     Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  •     Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  •     Mengawal kolesterol
  •     Untuk fungsi saraf

 Antara Testimonial GLA COMPLEX SHAKLEE



TESTIMONIAL MASALAH SENGGUGUT DENGAN GLA COMPLEX


TESTIMONIAL MASALAH KESUBURAN
DENGAN GLA COMPLEX

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Nasuha untuk:-

FREE CONSULTATAION
AFFORDABLE PRICE dan
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

Nasuha Fikri
Shaklee ID: 1084372
013-5245005 ( Call, SMS, WhatsAPP)
nasuhafikri@yahoo.com.my





Wednesday, July 16, 2014

Tip yang berguna untuk 10 malam terakhir




1. Jangan biarkan prestasi yang lalu memberi kesan kepada 10 malam terakhir. Saat pengampunan boleh jadi hari ini atau bila-bila masa pada hari mendatang! tidak semua hilang! Jika anda ikhlas, ia boleh menjadi lebih baik - Bersemangatlah dan bersedia untuk membuat yang terbaik! Bermula dengan tenaga yang POSITIF, niat yang IKHLAS!

2. Hari ini, ambil masa sedikit untuk membaca Tafsir of Surah al-Qadr untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku malam ini! Anda akan berasa kuasa & kehebatan yang lebih banyak lagi (tentang malam tersebut)!

3. Jangan tunggu Malam ke-27 untuk mengeluarkan "semua". Seluruh 10 malam terakhir harus menjadi sasaran anda. Berjagalah sehingga setiap malam! Adakah anda mahu ketinggalan Laylatul Qadr walaupun "secara kebetulan"?

4. Jangan terlibat di dalam apa-apa inovasi / sambutan masjid atau budaya yang mungkin cuba untuk menggalakkan. Ikut Sunnah! Rasulullah (Sallallahu 'alaihi wa sallam) memberikan petunjuk mudah: "Sesiapa yang tetap dan berdoa pada Lailatul-Qadar dengan penuh keimanan dan harapan pahala, dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan."

5. Hafal dan kemudian mintalah doa yang 'diajar oleh Rasulullah (Sallallahu' alaihi wa sallam): Allaahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-' afwa fa'affu 'Anni (Wahai Allah, Engkau Maha Pengampun dan Engkau suka Keampunan, maka ampunilah aku) .

6. Menyediakan senarai doa pendek. Ingat ini adalah sangat bagus untuk hamba Allah! Malam Qadr, Arah Tujuan! Pilihlah setiap dan semua yang anda amat ingin dalam Doa ini Dunia, Agama, Keluarga, dan Akhirat! Jangan lupa untuk memasukkan saudara-saudara seIslam di seluruh dunia yang mengalami kesusahan dan dalam kesedihan!

7. Tidur sejenak di siang hari, jika boleh. Pastikan perut ringan dan tidur sebaik sahaja anda telah bersolat Terawih. Jangan berlengah! Selepas tidur sekejap, segarkan diri dan bersedia untuk ibadah.

8. Jangan abaikan keluarga anda! Rasulullah membangunkan isteri beliau sepanjang malam ini! Dan ya, anak-anak anda tidak terlalu muda untuk berjaga sebahagian dari waktu malam - jika mereka boleh dibenarkan untuk bermain permainan video atau menonton TV, boleh menjadi inspirasi untuk bangun malam walaupun kadang-kadang! Sediakan mereka, buat mereka teruja, rancang beberapa aktiviti untuk mereka lakukan!

9. Lihat Bahagian : Cara kita berpakaian dan bersedia mempunyai kesan yang besar kepada psikologi kita. Pakai yang terbaik, minyak wangi untuk diri sendiri, dan merasakan tenaga!

10. Pilih tempat, sama ada di Masjid atau di rumah anda, di mana anda boleh mendapat ketenangan dan kesendirian. Simpan mushaf anda, sejadah , dan air supaya anda tidak terganggu dengan sentiasa nak dapatkan untuk itu atau ini.

11 PENTING:. Ini bukan malam untuk tweet gambar atau mengemaskini status FB juga Whatsapp/Wechat tentang bagaimana menakjubkan malam tersebut dan bagaimana anda rasa & menyembah Allah! Biarkan ia menjadi satu rahsia antara anda & Allah Taala! Jadi matikan telefon, wifi, dan komputer. Disconnect dengan dunia, dan connect dengan Al-'Afuww!

12. Jika anda mendapati diri anda berasa mengantuk, variasikan ibadat anda. Ganti antara qiamullail, doa setulus hati, membaca Al-Quran. Jangan habiskan malam mendengar ceramah atau bacaan. Atau buatlah untuk masa yang singkat jika anda rasa amat mengantuk.

13. Kesabaran adalah Kunci: 10 malam terakhir mungkin memenatkan. Anda mungkin masih mempunyai kerja atau sekolah. Ini adalah masa untuk menanggung segala kesusahan itu, dan bersikap SABAR. Fikirkan bagaimana Allah telah memberkati anda dengan peluang yang besar ini yang mana mungkin TIDAK AKAN datang lagi dalam hidup anda. Jika anda tahu dengan pasti bahawa ini adalah Ramadan terakhir, jika anda pasti bahawa Syurga adalah untuk dicapai, tidakkah anda akan memecut untuk itu tidak kira apa berlaku?

14. Ini adalah yang paling penting: Pastikan Husn adh-dhann bi Allah (jangkaan yang baik dari Allah). Apabila anda bertanya, ingat anda bertanya yang Maha Pemurah. Jika anda berharap untuk yang terbaik, Dia akan memberikan yang terbaik. Jangan berputus asa. Percaya pada-Nya, curahkan isi hati anda di hadapan-Nya, dan jangan berwasangka lagi, tiada halangan, tiada fikiran jahat menjauhkan kamu daripada Ar-Rahman, Ar-Rahim!

Saturday, July 12, 2014

Part 1 - Set Kesuburan Shaklee

set kesuburan shaklee nasuhafikri
Bayi Comel
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Suka saya melihat bayi kembar gambar hiasan entry saya kali ini ~ credit untuk fotobayi.blogspot.com di atas perkongsian imej bayi kembar yang teramatlah comel ni. Comel dan menenangkan maklumlah bidadari syurga... beruntung ibubapa yang diberi rezeki menjaga mereka.

Namun bagi ibubapa yang belum rezeki untuk menimang cahayamata, janganlah sedih dan berduka. Insyaallah semoga saat bahagia kita kan tiba jua.

Sentiasalah berusaha dan berdoa semoga Allah swt kurniakan kita rezeki anak-anak yang soleh dan solehah.

Sekiranya ditakdirkan masih tiada rezeki juga, anggaplah semuanya adalah ketentuan dan ketetapan dariNya.

Perancangan manusia tak sehebat perancangan Allah... Kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat.

set kesuburan shaklee

Hari ni saya nak berkongsi cara makan set kesuburan shaklee sebagai panduan kepada mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat dan keliru dengan cara makan dan jadual pengambilan set kesuburan shaklee bagi tujuan kehamilan.

Ada banyak punca ketidaksuburan terutamanya adalah kerana haid tidak teratur, keguguran, hormon tidak stabil, dan banyak lain.

Suka saya nasihatkan untuk turut menjalani ujian klinikal bagi mengetahui masalah sebenar ketidaksuburan dan jangan letakkan usaha pengambilan suplemen ini sebagai usaha utama mendapatkan zuriat.

Pengambilan suplemen set kesuburan ini adalah salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat. Sila buat pemeriksaan doktor disamping pengambilan supplement untuk kesuburan supaya anda tahu masalah sebenar anda.

----------------------------
Set Lengkap A: Kesuburan
VITAMIN

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

4. B-Complex 

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

----------------------------
VITAMIN KESUBURAN

5. Vitamin E & Selenium

Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

7. Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

----------------------------
Cadangan pengambilan:

Suami: Vita-lea, B-comp, Vit-E, zinc (sebiji setiap hari)
Isteri: Vitalea, B-comp, Vit-C, Vit-E, Zinc (sebiji setiap hari), GLA ( 1biji pg, 1biji malam), alfalfa (3-5biji setiap hari) & ESP

Anda menghadapi masalah kesuburan?
Rakan menghadapi masalah kesuburan?
Adik beradik menghadapi masalah kesuburan?

Saya berharap agar ilmu ini dapat di manfaat dan di kongsikan bersama-sama.

Kita hanya mampu merancang dan berusaha, yang selebihnya hanya di ketahui oleh Maha Pencipta. Dia yang menentukan segala-galanya. Kita sebagai hambanya harus berusaha, berdoa dan bertawakkal, kerana dia Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.

Semoga info yang saya berikan ini bermanfaat untuk mereka yang tengah berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. Dan jika ada yang berminat untuk dapatkan vitamin-vitamin tersebut dengan saya. Boleh hubungi saya, Insyaallah harga istimewa akan diberikan. Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan . Insyaallah...



Ketahui Kaedah Kiraan Waktu Subur

Perkongsian kaedah Kiraan Waktu Subur :

1) Kaedah Sistem Kalendar
2) Kaedah Penggunaan Alat


Sistem kalendar

Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu:

Gambarajah Waktu Subur bagi kitaran haid 28 hari
1.Bagi Kitaran Haid Teratur
Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.

2.Bagi Kitaran Haid Tidak Teratur
Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.
Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.

Penggunaan alat
Banyak alatan atau software yang terdapat dipasaran dicipta untuk menghitung waktu subur.  Dalam alat tersebut anda hanya perlu memasukkan tarikh Hari Pertama Haid Terakhir (HPHT). Setelah itu akan muncul tarikh perkiraan waktu subur seseorang.

Saya kongsikan Website mengira waktu kesuburan: Klik Disini  atau  Disini


Salam Silaturrahim: Ramadhan dan Doa

Sedikit perkongsian, kadang-kadang saya juga terlupa.. Alhamdulillah, semoga kita tergolong dalam golongan Saling Ingat Mengingati dalam perkara-perkara yang baik.
JANGAN PENAT mengajak ke arah KEBAIKAN,
kerana SYAITAN tidak pernah penat mengajak ke arah KEJAHATAN,
MALAIKAT pula tidak pernah cuti/jemu mencatat KEBAIKAN,
InsyaALLAH sahabat, selagi mana kita HIDUP di dunia...
selagi masih memikul TANGGUNGJAWAB dan AMANAH ALLAH..
selagi itulah menjadi KEWAJIPAN kita BERPESAN-PESAN,
dan saling membantu ke arah KEBAIKAN
Salah satu kelebihan bulan Ramadhan adalah tentang mustajabnya doa sebelum waktu berbuka.

Mafhum Hadis Nabi;
Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak( Riwayat Ibn Majah)



Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat yang sedang ingin mendapatkan zuriat, Mohonlah dan berdoalah pada bulan yang mulia ini kepada yang Maha Pencipta Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.  Janganlah sesekali dilepaskan peluang keemasan ini.

Salam Ramadhan untuk Anda.

Salam Silaturrahim : Resepi Sos Spaghetti

Gambar Hiasan

Harini saya memilih juadah Spaghetti sebagai juadah buka puasa saya sekeluarga. Alhamdulillah suami dan anak-anak makan selera sangat. Maklumlah hari-hari berbuka dengan nasi. Harini ubah selera sikit.

Resepi ni dah lama pun tersimpan dan dah cuba buat banyak kali dan hasilnya memang SUPERB.

Saya kongsi Resepi Sos Spagheti yang TERsangat saya suka di teratak saya hari ni..

Resepi ni diberi dari seorang sahabat saya sendiri. Terima kasih kepada En.Zaimi dan isteri kerana sudi berkongsi resepi. Saya nak abadikan di sini.. :)

Semoga bermanfaat buat pembaca blog. Terima kasih.

Bahan-bahan
  • 1 paket spaghetti
  • Parutan keju parmesan - untuk menghidang
Bahan-bahan Sos
  • 4 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 3 biji buah tomato (dipotong dadu)
  • daging cincang
  • 1 tin tomato puri
  • 1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum (dipotong dadu)
  • 1 cawan air (atau ikut kepekatan kuah - saya letak lebih)
  • susu cair/ pekat (optional) - bagi rasa sedikit berlemak.
  • Oregano/ Italian Herbs
  • lada hitam kasar
  • garam dan serbuk perasa
Cara-cara:
  • Rebus Spagheti (+sedikit minyak) Angkat bila spagheti sudah lembut dan kemudian toskan dengan air sejuk (tapi saya tak suka tos dengan air.. saya cuma toskan sahaja).
  • Kemudian tumis Bawang Besar dan Putih hingga naik bau.
  • Masukkan daging cincang
  • Masukkan susu dan masak hingga mendidih bersama daging cincang.
  • Masukkan tomato, capsicum dan cendawan butang.
  • Masukkan tomato puri, air dan kacau hingga sekata.
  • Masukkan oregano/ italian herbs dan garam/serbuk perasa. Boleh tambah lada hitam kasar untuk rasa pedas.
  • Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  • Keju parmesan letak di atas spaghetti semasa menghidang. 

Sila komen setelah anda telah mencuba resepi ini.

Selamat Mencuba

Friday, July 11, 2014

Percaya Sebelum Berjaya


Saya abadikan di sini kata-kata seseorang yang telah berjaya dalam perniagaan ini untuk saya jadikan pegangan , panduan untuk turut juga berjaya dunia dan akhirat. Insyaallah.
Bayangkan Impian Anda dan Dan Tulis Dalam Bentuk Tulisan ! Insyaallah Usaha, Doa Memohon Kepada Allah S.W.T .. semoga kita berjaya Dunia dan Akhirat.
--------------------------------------------------

*PERCAYA SEBELUM BERJAYA*

Hati ini ringan sekali membenarkan tiada kebetulan di dalam dunia ini, segalanya dilorongkan oleh Allah SWT ke dalam kehidupan kita..
Alhamdulillah...Alhamdulillah... Allahu Akhbar untuk hari ini dan semalam.

Saya insan Luar Biasa, saya pasti akan itu dan ia bukan fakta yang boleh diubah.. dan saya tahu anda diluar sana juga insan-insan Luar Biasa, yang mempunyai impian yang luar biasa! Buat anda semua suka saya kongsikan apa yang telah saya tambahkan kedalam gedung ilmu & elmu saya setelah menghadiri Seminar LUA/NLP selama 2 hari ini.

Seperti post saya terdahulu,

"VISUALIZE TO MATERIALIZE" ada saya sebutkan...

Orang BERJAYA ---> Mereka PERCAYA SEBELUM BERJAYA

Orang BIASA-BIASA ---> Mereka PERCAYA SELEPAS BERJAYA

Suka saya nak berkongsi dengan anda semua, kisah benar yang berlaku kepada saya dalam perjalanan bisnes Shaklee. Sewaktu memulakan bisnes Shaklee, saya tidak terfikir pun akan sampai ke tahap saya sekarang, menikmati income yang hampir 100 kali ganda dari income saya ketika saya bergelar jurutera di syarikat multi-nasional dulu.

Ceritanya begini, setelah permohonon berhenti kerja saya ditolak dan dilorongkan dengan cuti sakit bergaji setahun dan tanpa gaji setahun, hati saya mula merasakan tekanan, sepertinya saya akan menjadi beban suami dengan kos sara hidup di Kuala Lumpur --Perak (weekend wife-husband) yang tinggi, duit minyak, duit sewa rumah, loan, bayaran bibik, anak dan macam-macam lagi keperluan yang memerlukan WANG... terpancar juga kerutan-kerutan di wajah suami tersayang...

Memikirkan akan tiba waktunya, saya tiada pendapatan ketika bercuti dan tekad yang telah bulat untuk meninggalkan syarikat tersebut, saya menulis impian saya di dalam Log Book saya...

"Saya telah menjadi Master Coordinator pada August 2012 dengan income RM 20 000"
ketika itu saya baru sahaja dipangkat Supervisor(seingat saya), baru sahaja memulakan bisnes Shaklee...dan saya beritahu upline saya impian/goals saya itu..

reaksi pertama --- beliau tertawa, of coz... tindakan reflex dan saya tahu beliau sentiasa menyokong segala keputusan yang saya buat, terima kasih kerana yakin dan percaya dengan saya.

Bila kita yakin dan percaya sebelum kita berjaya, kita dah bayangkan bagaimana saat-saat kita akan melakukan closing pada bulan tersebut sebagai master, dengan ucapan tahniah dari upline, downline... dari branch manager Wangsa Maju, riuh rendahnya... semuanya jelassss sangat dibayang
dan dari saat menulis dan membayangkan impian itu, tubuh ini mula bergerak..minda tanpa henti berfikir untuk mencapai ke arah impian... dan di dalam doa, bercakap dengan Allah SWT..seolah2 Allah telah berikan ..makbulkan impian itu..begitulah...hari demi hari berlalu...dan keajaiban demi keajaiban datang... dan dipendekkan cerita...

Saya mencapai Master Coordinator (pangkat tertinggi di dalam Shaklee) lebih awal dari yang saya setkan... iaitu pada June 2012!

"PERCAYA SEBELUM BERJAYA"

Saya tak suruh anda percaya apa yang saya kata, tapi buatlah... tuliskan impian anda, dan percayalah sepenuh hati anda..anda mampu untuk mencapainya..") kerana anda juga berhak untuk berjaya betul??
Saya memilih untuk PERCAYA SEBELUM BERJAYA.... saya telah buktikannya dan akan terus membuktikannya dengan impian-impian baru saya ")

Semoga bermanfaat, feel free to LIKE & SHARE.

NinjaPah~
Master Iffah Anuar

Tuesday, July 8, 2014

Salam Silaturrahim : Jangan Segan-segan

Perkongsian kali ini berkaitan tips dan Audit diri untuk kehidupan seharian kita.

Banyakkan berdoa dan berharap pada Allah SWT.
Ya Allah, Ampunilah aku, Rahmatilah aku, Cukupkan lah aku, Angkatlah Darjatku, Berilah aku Rezeki, Berilah aku petunjuk, Sihatkan aku, Maafkan aku.

Jom kita Audit diri untuk hari ini:

1) Adakah saya Solat awal 5 waktu?
2) Adakah aurat saya ditutup hari ini?
3) Adakah saya Solat Dhuha Setiap Hari?
4) Adakah saya Solat Taubat dan Tahajjud?
5) Solat Fajar? 
6) Adakah saya Zikir - Makanan Rohani?
  • Istighfar - 100x
  • Selawat - 100x
  • La Hawlawala Quwwata Illa Billah Hil Aliyyil Azim - 100x
  • Ya Wahhab (Maha Pemberi) - 300x
  • Surah Al-Ikhlas - 3x selepas solat wajib
7)Baca Al-Quran hari ini?
  • Surah Yassin dan Al-Matshurat - Awal pagi
  • Surah Al-Waqiah & Al-Mulk - Sebelum Tidur
8)Adakah saya Sedekah atau Zakat - Min Setiap Minggu / Bulan

Ketika meminta pada Allah, jangan minta yang kecil-kecil, tetapi mintalah yang terbesar sekali!

Jangan dilihat kelayakan kita untuk menerima, sebaliknya lihatlah pada kelayakan Allah Yang Maha Memberi.

Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid.

Tuesday, July 1, 2014

Mesti Tonton : Kisah Pipo dan Embro




Baru nak lelapkan mata.. memang dah menjadi kebiasaan saya, sebelum tidur,  saya mesti ingat apa saya buat di pejabat hari ni? kadang-kadang saya perlu fikir coding, masalah error sistem atau komputer atau fikir bagaimana nak jadikan sesuatu yang baru dalam Portal Jabatan saya, Ya.... saat nak tidurlah saya akan fikir dengan baik.. idea datang kadang-kadang terbawa hingga dalam mimpi..

Kemudian saat tu juga saya fikir tentang perniagaan Shaklee saya. Saat nak tidurlah saya sempat coaching dengan customer-customer dan Ahli-ahli group MFMS Shaklee kami melalui Watsapp, Telegram.. hrmm hebat zaman sekarang.. berniaga sambil golek-golek je.. mudah bukan? Sedang otak menerawang.. tiba-tiba suami masuk untuk tidur.. dia bagitau saya, ada satu cerita dia nak ceritakan..

Saya diam menunggu ceritanya... setelah mendengar.. dalam hati saya berkata.. Oh! Motivasi rupanya.. macam boleh baca je.. fikiran saya masa tu.. setelah mendengar dan saya terdiam.. saya terasa  semakin bersemangat untuk melakukan apa-apa pekerjaan dengan bersungguh-sungguh dan lebih baik hingga betul-betul berjaya.

Hrmm .. kuat jugak penangan motivasi suami.. bertuahnya... tenang je hati bila ada suami yang betul-betul supportive. Kata-kata suami, datangkan idea untuk saya sama-sama berkongsi dalam entry blog saya hari ni... Alhamdulillah.. Terima kasih abang !! - feeling excited

Sebenarnya suami saya ceritakan pada saya Kisah Nabi Nuh a.s. berserta motivasi dan kefahamannya. Memang selama ni saya tau, tapi tak pernah fikir sendiri apa pengajaran disebalik kisah Nabi Nuh a.s.

Kisahnya.....

Nabi Nuh a.s mendapat wahyu untuk membina sebuah kapal yang besar diatas sebuah bukit yang tinggi. Segeralah Nabi mengumpul para pengikutnya untuk menyiapkan bahtera tersebut dengan menggunakan perkakas seperti kayu, paku dan sebagainya

Sementara kapalnya dibina, orang sekeliling Baginda mengejek Nabi dan pengikutnya malahan ada yang menggelar mereka sebagai gila kerana membina bahtera di atas bukit.Iyalah kan, bina kapal yang besar dah tu diatas sebuah bukit? Mungkin mengusung alat-alat keperluan dari bawah ke atas bukit lah kan?

Walaubagaimanapun, Baginda tetap fokus meneruskan kerja dan tanggungjawab sehingga kapal itu siap. Tiba saatnya, sampai janji Allah s.w.t. Hujan turun dengan lebatnya sehingga berlaku banjir besar dan menenggelamkan semua yang mengejek.

Saat itu, kesemua mereka yang tidak bertakwa sedang hanyut dibawa air, bertarung dengan maut. Dan sekilas itu Nabi Nuh terlihat akan putera sulungnya dan keluarganya lalu kerana rasa kasih dan cinta terhadap keluarganya Nabi telah memanggil mereka untuk menaiki bahtera tetapi malangnya akibat kesombongan dan hasutan Syaitan, langsung mereka tidak endahkan ajakan Nabi Nuh.

Apa yang suami saya cuba sampaikan kepada saya ialah apabila kita melakukan apa-apa kebaikan dan pekerjaan, cuba fokus dan cuba hiraukan kata-kata orang yang melemahkan. Jangan buat sesuatu kerana manusia, buatlah semata-mata kerana Allah.

Berbalik kepada kisah motivasi itu tadi, saya cuba mencari-cari maklumat untuk saya baca, belajar dan mengambil pelajaran dari kisah ini. Disamping saya ingin abadikan kisah ini di entry saya.

Saya telah menemui satu kisah melalui Youtube,

Walaupun kisah youtube ini tidak sehebat Nabi Nuh, tetapi ia memberi motivasi yang hampir sama untuk diambil pengajaran.  Mungkin juga pencerita mengambil konsep yang sama dengan cerita Nabi Nuh a.s.

Pencerita ini daripada Indonesia, namun sangat mudah untuk kita faham. Bagaimana perbandingan antara dua insan yang boleh dilihat ada dalam kehidupan seharian kita.

Seorang yang sekadar mengikut kehendak dan mendengar kata-kata orang kampung dan seorang sahabat lagi melakukan lebih dari itu.  Sehingga diejek dan ditertawakan oleh orang kampung.

Akhirnya... anda boleh tonton sendiri.. jom!

Semoga kisah ini memberi seribu makna dan motivasi untuk sama-sama berusaha daripada hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.

Jom hayati dan fahami.


Saturday, June 28, 2014

Cara Kosongkan Fikiran Yang Berserabut

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan.

Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut. Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting.

Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenal pasti Yang Utama

Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”.

Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting.

Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.

Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku.

Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

Cara-Mudah-Untuk-Kosongkan-Fikiran-Yang-Berserabut

10. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi

Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!  credit : by Cahaya Purnama

Suplemen untuk  STRESS atau TEKANAN ialah Vitamin B Complex...
Baik juga Untuk Ibu Hamil, Menyusu, Berpantang, Suri Rumah, Wanita Bekerjaya, Lelaki serta Warga Emas.

Dapatkan daripada kami di www.nasuhafikri.blogspot.com
nasuhafikri@yahoo.com.my | 013.524.5005